Friday 23 November 2012

JAMUAN HI-TABLE BATCH U.N.I.C

ASSSALAMUALAIKUM . saya rasa agak terlambat juga untuk mengucapkan tahniah kepada AHLI BATCH U.N.I.C kerana telah menjayakan jamuan akhir tahun batch buat julung-julung kalinya . Sambutan ini telah diadakan di Dewan Makan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit . Terima kasih juga buat semua guru dan dif jemputan terhormat kita En Haji Awang Koding b Che Tom kerana hadir pada malam jamuan tersebut .

Pihak Ahli-Ahli Tertinggi U.N.I.C 2012 berbanyak-banyak bermohon MAAF kerana majlis tersebut dirancang pada akhir masa . Dalam masa kurang seminggu , ahli tertinggi Batch U.N.I.C terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan semua agenda supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar  . Kata Penolong Ketua Batch U.N.I.C 2012 iaitu Nor Salihah bt Ibrahim  "UKHWAH SESAMA KITA SANGAT PENTING" . Disini juga, kita dapat melihat bagaimana ukhwah sesama ahli batch .

Majlis tersebut bertemakan , LOVE LIKE FRIENDSHIP . Ia amat sesuai kerana kami amat menyayangi antara satu sama lain .

#terima kasih kepada ahli kelas 2 Ibnu Kathir kerana menyiapkan Dewan Makan . :D



#Sedikit kekalutan berlaku . Terpaksa turunkan komputer di makmal :P
-bincang elok-elok 


#Ketua Batch Tingkatan 2 bagi Tahun 2012 iaitu Muhammad Akif b Noor Apendi . Terima kasih kepada anda kerana menjayakan majlis tersebut . Tiga hari Akif dan kawan-kawan yang lain tidur pukul 3 pagi semata-mata mahu menjayakan majlis ini . 


#Terima kasih kepada Tuan Haji Koding kerana sudi hadir ke jamuan ini . Tahun depan In Sha Allah kami menjemput Tuan lagi . Terima kasih juga atas kata-kata azimat yang bermakna itu . Doakan kami dalam PMR tahun hadapan . 
-Kamu sudah bagus,menjayakan sesuatu majlis amat susah walaupun kita nampak biasa-biasa sahaja . Dan tahun depan buat yang terbaik daripada ini . TERIMA KASIH TUAN . 


#Missio Azlan dan anaknya


#Pn Norhidawatie dan anaknya juga . 



#Makanan kami pada malam tersebut . Nasi goreng banyak yang lebih . 

#Terima kasih kepada JUNIOR FORM 1 yang sanggup jadi waiter and waiteress
Terima Kasih kepada kelas 2IQ yang bersusah payah mencari adik-adik yang comel ini :D 
*Kami hargai pengorbanan mu . HIHI


#Habis majlis baru waiter and waiteress + pengacara majlis makan . HAHA . TERIMA KASIH bagi kerjasama yang memberangsankan . Sory . Tiada upah . 


#Ahli yang menjayakan majlis ini . Terima kasih semua . Yang ni je yang tak malu-malu bergambar . Yang lain , lepak dekat wakaf depan Dewan Makan .

#Lelaki kelas 2 IT yang malu-malu kucing . Terima kasih kerana menjayakan juga walaupun berperang dengan sehabis-habisnya . 

#Kaum Hawa Batch U.N.I.C . Terima kasih juga kepada anda . Tahun depan bagi terbaik lagi . Kita tahu kita mampu . 

# HAAA . Ni , cabutan bertuah punya hadiah . Tahnia kepada mana-mana pelajar dan cikgu yang dapat . Anda memang bertuah . Kelas 2IT yang sediakan. *Saja letak dekat akhir-akhir . Takut korang jeles pulak

# THE LAST PIC, sorry tak edit . Kesuntukan masa . TERIMA KASIH SEKALI lagi bagi yang menjayakan majlis ini dengan senyap-senyap atau terang-terangan . Tahun depan bagi terbaik kan lagi . 

Kami , editor bagi BLOG U.N.I.C bermohon seribu kemaafan kerana terlambat mengupdate BLOG ini . 


|UKHWAH PERLU DIJAGA, MANTAPKAN IMAN ANDA|

1 comment: