Sunday 30 December 2012

BRaInS SBT ? . SEKOLAH buka ? .


ASSALAMUALAIKUM ...

wah. wah . metang-metang semua sibuk dengan 'PACKING BARANG' sebab tidak SABAR mahu ke sekolah , tiada yang rajin UPDATE blog nih . nasib kau la kan .

Pada khamis pagi 20/12/2012 , pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit telah dikejutkan dengan satu berita gembira oleh guru-guru BRaInS yang lain . Wahhh , teruja la semua bila ade berita gembira kan .


Pada pagi tersebut , cikgu Che Malek masukkan gambar guru brains ke putrajaya untuk majlis penganugerahan SBT , ye . Semua dah tertanya-tanya masa ni , sekolah brains dapat SBT ke . SBT ke ? .


Lepastu , cikgu Fairuz pon sent ke group brains dengan menyatakan sekolah BERASRAMA PENUH INTEGRASI BATU RAKIT telah mendapat SBT . Ada yang tertanya-tanya apakah SBT ? . SBT ialah sekolah berprestasi tinggi , kiranya darjat dia lebih dari KLUSTER . kan kan ? . Kami amat mengucapkan syukur kepada ILAHI kerana memberi rezeki yang amat besar untuk tahun 2013 ini . yeayy . Terlalu banyak saingan untuk mendapat anugerah ini . 

Terima kasih juga buat BEKAS PELAJAR BRAINS dan guru-guru dan pelajar sekolah lain yang ucapkan tahniah . :D

Dan , sebelum mendapat penganugerahan ini ,  kami juga mendapat banyak dugaan yang amat berat . Tapi ALLAH lebih tahu , bila dia uji HAMBA nya mesti Dia akan uji sampai hadnya saja . Dan bila dia uji , mesti ada anugerah yang lebih bernilai dari itu  , yeaaa . Kami banyak mengalirkan air mata sepanjang tahun 2011/2012 . Tapi kami juga mampu tersenyum dengan anugerah ini . Terima kasih Ya ALLAH . Kami tidak akan betah duduk diam-diam  , kami akan berusaha lagi untuk sekolah BRaInS . 

Penghulu U.N.I.C 2012/2013 telah mengucapkan tahniah dekat group BRaInS . 


#Kami selaku pelajar PMR 2013 iaitu PMR terakhir , ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki . 


Doakan kami , doakan kami . Kami akan berusaha untuk tahun depan . Tapi kami tak mampu jika ada orang memusuhi kami , kami mampu kuat jika orang di sekeliling kami memberikan kata-kata semangat kepada kami . Dan sepastinya dengan anugerah SBT ini , pelajar PMR dan SPM 2013 akan lebih banyak aktiviti .So , jagalah kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan SIHAT WA ALFIAAT . 

Dengan ini juga , kepada pelajar BRaInS . Cikgu Fairuz telah membuat pengumuman ni . HAHA . Belum masuk sekolah dah ada pengumuman kan . Ingat , esok sebelum pukul 6.00 petang , daftar ye . Jangan pandai-pandai ambil cuti sendiri . 


Dan , EX Ketua Pelajar 2012 telah memberi nasihat ini . HAHA . Jangan lompat/panjat PAGAR ye .



:) KAMI SAYANG BRaInS