Monday 31 December 2012

KAMI SAYANG KAMI

ASSALAMUALAIKUM ..

Mesti lah pelik kan bila orang kata 'KAMI SAYANG KAMI' . Kami sayang kami maknanye kami sayang sesama kami . Walaupun 1 bulan lebih je perjumpaan alam maya tahun ni yang paling lama , kami tersangat la erat . Di sini kami berjumpa , di sini kami bergurau senda . :D 

Wahhh sayang nye nak berpisah  , mesti sunyi kan group tu kan ? . Kene tunggu lepas PMR baru kita boleh bising-bising dalam group balik . Wahhh , mesti nanti rindu kan , kan !

'SBP 1115' memang happening tahap gila , riuh je stiap hari . kalau buka facebook wajib la notification penuh dengan post-post daripada diaorang ni  . tapi . tapi . kami harus berpecah seketika mengikut haluan masing-masing untuk berperang di medan perjuangan yang  , yang , yang agak menakutkan ini . walaubagaimana pun , ALLAH tetap bersama kami . 


Semua dah ucap nak pergi sekolah . :')) . Yelah kan , esok bermulanya pelajar sekolah Kelantan , Terengganu mahupun Kedah akan pergi daftar . Yang lain-lain negeri akan masuk 1/1/2013 . Untunglah kan ! . Awak semua jangan lupakan persahabatan kita . 

Di group ini juga terlalu banyak 'GELARAN' manja yang baru .

=BERSAMA MENJULANG KEGEMILANGAN SBP 1115=

Sunday 30 December 2012

BRaInS SBT ? . SEKOLAH buka ? .


ASSALAMUALAIKUM ...

wah. wah . metang-metang semua sibuk dengan 'PACKING BARANG' sebab tidak SABAR mahu ke sekolah , tiada yang rajin UPDATE blog nih . nasib kau la kan .

Pada khamis pagi 20/12/2012 , pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit telah dikejutkan dengan satu berita gembira oleh guru-guru BRaInS yang lain . Wahhh , teruja la semua bila ade berita gembira kan .


Pada pagi tersebut , cikgu Che Malek masukkan gambar guru brains ke putrajaya untuk majlis penganugerahan SBT , ye . Semua dah tertanya-tanya masa ni , sekolah brains dapat SBT ke . SBT ke ? .


Lepastu , cikgu Fairuz pon sent ke group brains dengan menyatakan sekolah BERASRAMA PENUH INTEGRASI BATU RAKIT telah mendapat SBT . Ada yang tertanya-tanya apakah SBT ? . SBT ialah sekolah berprestasi tinggi , kiranya darjat dia lebih dari KLUSTER . kan kan ? . Kami amat mengucapkan syukur kepada ILAHI kerana memberi rezeki yang amat besar untuk tahun 2013 ini . yeayy . Terlalu banyak saingan untuk mendapat anugerah ini . 

Terima kasih juga buat BEKAS PELAJAR BRAINS dan guru-guru dan pelajar sekolah lain yang ucapkan tahniah . :D

Dan , sebelum mendapat penganugerahan ini ,  kami juga mendapat banyak dugaan yang amat berat . Tapi ALLAH lebih tahu , bila dia uji HAMBA nya mesti Dia akan uji sampai hadnya saja . Dan bila dia uji , mesti ada anugerah yang lebih bernilai dari itu  , yeaaa . Kami banyak mengalirkan air mata sepanjang tahun 2011/2012 . Tapi kami juga mampu tersenyum dengan anugerah ini . Terima kasih Ya ALLAH . Kami tidak akan betah duduk diam-diam  , kami akan berusaha lagi untuk sekolah BRaInS . 

Penghulu U.N.I.C 2012/2013 telah mengucapkan tahniah dekat group BRaInS . 


#Kami selaku pelajar PMR 2013 iaitu PMR terakhir , ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki . 


Doakan kami , doakan kami . Kami akan berusaha untuk tahun depan . Tapi kami tak mampu jika ada orang memusuhi kami , kami mampu kuat jika orang di sekeliling kami memberikan kata-kata semangat kepada kami . Dan sepastinya dengan anugerah SBT ini , pelajar PMR dan SPM 2013 akan lebih banyak aktiviti .So , jagalah kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan SIHAT WA ALFIAAT . 

Dengan ini juga , kepada pelajar BRaInS . Cikgu Fairuz telah membuat pengumuman ni . HAHA . Belum masuk sekolah dah ada pengumuman kan . Ingat , esok sebelum pukul 6.00 petang , daftar ye . Jangan pandai-pandai ambil cuti sendiri . 


Dan , EX Ketua Pelajar 2012 telah memberi nasihat ini . HAHA . Jangan lompat/panjat PAGAR ye .



:) KAMI SAYANG BRaInS

Wednesday 19 December 2012

PMR . PMR . ? . Result PMR Menandakan SEKOLAH akan DIBUKA !

ASSALAMUALAIKUM

 Seperti yang anda tahu la kan,hari ni result PMR dah keluar.budak-budak 97's semua pagi tadi mesti tertunggu-tunggu nak ambil resullt.ada yang semangat pukul 7 dah sampai sekolah sedangkan result diumumkan pada pukul 10 pagi.Ya la kan mesti la ketar kan.Tapi ni la akan kita hadapi tahun depan wahai warga 98's .
Anda semua tengok gambar kat atas tu,straight A tahun ni jatuh berbanding tahun lepas ?.tapi macam mana pun tak perlu nak fikirkan.Semua dah cuba yang terbaik.Kalau dah naik form 4 nanti  result straight A tak berguna langsung.
 Walau bagaimanapun, kita sebagai LAST BATCH PMR tahun depan mesti 100% la straight A . Kene la buktikan , walaupun kita kuat sangat-sangat main tapi PELAJARAN tetap NOMBOR 1 . 
 
Selepas penat blogwalking , terjumpa la result SBP  . apa-apa pun , sekolah kita dah mencuba yang terbaik . Tapi di manakah SBP Integrasi Batu Rakit dalam RANKING SBP PMR 2012 ?  . 
RANKING SBP PMR 2012

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5.SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)
7.SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0375)
8.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)
9.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)
10.Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)
11.SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499) 12.Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538)
13.Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575)
14.Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595)
15.Sekolah Seri Puteri (GPS 1.062)
16.Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707)
17.Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711) 18.Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075) 19.Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772)
20.Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781)
21.Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802)
22.Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827) 23.Sekolah Dato' Abdul Razak (GPS 1.0923)
24.Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983) 25.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989)
26.SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099)
27.Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006)
28.SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062) 29.Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104)
30.Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114)
31.SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149)
32.SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209)
33.Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221) 34.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124) 35.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243) 36.SBP Integrasi Rawang (GPS 1.1296)
37.SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373)
38.SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376)
39.SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485)
40.Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493)
41.Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496)
42.Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581) 43.Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585) 44.Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171) 45.SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178)
46.SBP Integrasi Temerloh (GPS 1.1951)
47.SBP Integrasi Selandar (GPS 1.1954)
48.Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491) 49.Sekolah 49.Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25) 50.Sekolah 50.Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549)
 wahai pelajar TINGKATAN 3 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 2013 , kita kena berusaha , kalah kan sekolah diaorang . Tiada yang mustahil jika kita BERUSAHA , BERDOA , BERTAWAKAL . 
Kepada 97's .yang dapat straight . tahniah . janganlah risau bagi yang tak dapat apa yang diinginkan , ALLAH tak akan menghampakan KHALIFAHNYA. mungkin anda terlalu jauh dengan NYA. mungkin ALLAH nak bagi lebih untuk peperiksaan SPM . btw , dah fikir ALIRAN masing2 ? . dah fikir sekolah yang nak pergi ? .
BRaIns : 9A=25 orang 
           : 8A=40 orang 
           : 5  =KUALA TERENGGANU
           : 14= SELURUH TERENGGANU
           :    =SBP ?

Sedar tak sedar juga , sekolah akan dibuka . BRaInS akan masuk sekolah 31/12/2012 disebabkan 1/1/2013 dah mula persekolahan . Kepada pelajar PMR 2013 . adakah anda telah bersedia ? . apakah persediaan yang telah anda lakukan . ? . STOP-STOP la main , study pulak ok . 

TAHNIAH UNTUK SEMUA PELAJAR 1997 :)

Sunday 25 November 2012

maulidur rasul . :D

hye hye hello hye people . then ? mesti korang semua nk thu ap yang den nak kongsi hri ni kan ? 
ecececee . sbnrnye , hamba ni admin bru dkt blog nih . * keningkening * bangge lah jgk . sbb , ad 
org prcaye kan  kite kann . sbnrnye , hari ni nak post psl sambutan maulidur Rasul yang terbaeekk 
ecece , tak pun . saje jeee nak bt jd glamour cikit , haha . omaigodd ,disini beta nak tunjukkan 
sedikit gmbr buat santapan korg semua ! :D enjoy it  . 

LOADING ...


ha , tu dia . ni dgr forum ke sesi tidur ni ? * confusing --' *


ini pulak pengetua , PK pentadbiran and VIP 
tekun sungguh dgr forum yee ^^ 

 ha , ni pulak princess of Khalid - Al - Walid yg t'sgtlah comel-comel
auww , RIAK  riak yee . harap maklum ! :D

ni pulak puteri of Musa Nusair yang jelita gituh . ouww !

ni pun same , bararak sambil berselawat . :D

lawa sepanduk bang . berape ringgit ? 
prince of khalid al walid . awesomee >.<

ni , nasyid . tak best sgt ponn . oppsss ! sory terkutuk pulak .
                                                      den tak sengaja . harap maaf ye ^^


wow ! KP ku yang awesome gituh . gurau je kay gurau .:D 
ni pulak putera Usamah Zaid 


perarakan Usamah Zaid 

nilah guru guru yg jelita , cantik lg menggoda . auww ! 

ehh . sepanduk die ? tersgtlah lawa . jeles sehh ! ;p
prince of Tariq Ziad 


ha . dah takde gambar , tu punn gmbr curi tauu . sebelum tu nak mntak maaf dkt puteri-puteri 
Tariq dan usamah sbb gmbr anda tiadee . mohon ampun ya buk ! byk lah jgk aktiviti yg dianjur 
sempena maulidur rassul nih , kay , dah takde cerita lagi . btw , penat lah jgk menaip nih . sbb , dah 
lame tak update blog , oke , sampai disini sahaja smoga bertemu lg pd post yang akn datang .
assalamualaikum :D 





|Hari Guru . HAPPY TEACHER DAY |


Pada 16 Mei setiap tahun , sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit wajib mengadakan majlis Hari Guru untuk menghargai JASA guru . Walaupun kita memang tak boleh membalas jasa guru kerana mereka mengajar kita dari tak tahu apa itu huruf A . B . C dan nombor 1. 2. 3 , sekurang-kurangnya sambut la ye . Supaya mereka tahu kita menghargai mereka . 

Tapi cikgu-cikgu ni malu juga nak mengaku mereka nak majlis macam ni . HAHA . Setiap kali hari guru , mesti mereka cakap yang mereka tak nak majlis tapi nak kejayaan kita sebab mereka GEMBIRA bila melihat kita semua gembira .

 Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI BATU RAKIT . Terpaksa melayan kitaorang yang sangat-sangat DEGIL . Yang PEMALAS . Yang kurang di AJAR . Terima kasih CIKGU . 

Tahun ni , tema majlis Hari Guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ialah . . . . . Entah . tak ingat . Tapi hari itu kami semua diwajibkan berpakaian jibab sekolah  , baju sekolah dan kain kebangsaan  + reben atas kepala bagi perempuan dan lelaki pulak , baju sekolah , seluar slack hitam + kain biru turquoise untuk dijadikan neck tie


                           
#Thiss our princess for that day . Comel tak ? Yang kanan tu senior kitaorang . Kak Aina Nazhirin . Yang kiri tu , manis . manis tu . Nur Najihah . Dari batch U.N.I.C sendiri . 


                           
#Ni pemain kompang yang mengiring semua cikgu masuk . Dari awal pagi lagi diaorang bersiap . Aja-aja FIGHTING .


#Cikgu-cikgu BRaIns yang bergambar dengan princess BRaIns . 

#SIS and BRO yang menjaga SISTEM . 

# Ketibaan guru . :D

#Nie ketua projek pada hari tersebut . Nama senior kiteorang ni Aniq Assyaafi . TAHNIAH kerana berjaya mengHANDLE projek ni .
#Pelajar pertukaran dari Indonesia pon join kami pada hari tersebut . Terima kasih kerana sudi hadir ke sekolah kami . Baik gila kot . Diaorang ni pon budak-budak form 2 jugak .

#Pentas bertukar wajah . Macam tempat pengantin pulak .

Selepas mendengar perutusan dari pelbagai wakil yang berjela-jela tu . Barulah dapat tengok persembahan yang agak menarik .

#Kak Fatiha Mat Yunan dan Kak Fatihah Zakaria membuat persembahan sajak . Diaorang senior Form 5 dan kedua-duanya BAKTI .

#Guru-guru semangat berikrar dan menyanyikan lagu .

#Persembahan dari Form 1 . Dancing kalau tak salah . Best gila-gila .
#Lepastu , diaorang panggil siapa yang birthday dari 13 Mei hingga 16 Mei . Menyanyi lagu ALLAH SELAMATKAN KAMU ramai-ramai .

Bermula lah acara dekat dataran ilmu pada pukul 10 . Best sangat time cikgu main . Macam budak-budak .

#Bowling kelapa . Masa ini , semua cikgu lelaki dan pekerja lelaki wajib main.

#Cikgu perempuan main sapa paling cepat kupas kulit epal .

#Bonda pengetua main sapa paling cepat asing kacang-kacang ini . Tahniah , sebab group Bonda mendapat tempat pertama . 

#Cikgu Harun dan Pak Cik Harun main siapa paling kuat . HAHA . Pak Cik Harun yang menang . Tahniah

#Bonda bagi minuman kepada Cikgu Hussin , kiteorang pon tepuk tangan ramai-ramai . :P


Selepas penat-penat main , kitaorang masuk dewan balik untuk pembahagian hadiah siapa yang menang pertandingan ni . Sebelum tu , wakil sekolah dalam pertandingan bicara berirama buat persembahan .

#Diaorang mendapat tempat ke-3 rasanya . Best sangat-sangat .

Lepas bagi hadiah . Semua pelajar boleh masuk bilik . Tu yang best sebenarnya . 

#The last picture , laluan bintang or STAR WALK . 
TAHNIAH kepada Form 5 2012 iaitu Batch EVOLUTION sebab berjaya mengHANDLE majlis ni . Mereka buat time peperiksaan dijalankan . TAHUN DEPAN HARAP GRAND LAGI . :D 

SenamROBIK satu MURID satu SUKAN satu MALAYSIA


ASSLAMUALAIKUM . agak melucukan juga bila semua benda mesti satu . Walaubagaimanapun, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit telah menjayakan program Senamrobik Satu Murid Satu Sukan .

Jenuh kami tunggu semua berkumpul , tepat jam 9 pagi baru bermula program tersebut . 

#Murid-murid mulakan dengan memanaskan badan masing-masing

#Masa mula-mula lagi ni , buat sambil main-main . Lepas kena tegur baru SERIUS sikit .

#Guys dari bathc U.N.I.C . Ada yang serius , ada yang main-main . Tapi semua buat muka COOL je .

#Inilah sifu kami pada hari tersebut , mula-mula main-main . And then , serius . Lepas tu  , betul-betul main-main . Dua kali buat poco-poco .


#Teacher Zura and her sons . HAHA , anak buah SPM tahun ni . Buat cooling selepas sejam senamrobik . Habis berpeluh masam , masuk kelas rehat-rehat sekejap dan sambung balik sesi Pengajaran dan Pembelajaran .


apa itu PESTA DURIAN dan BUAH-BUAHAN ?

ASSALAMUALAIKUM . just nak buat pendek-pendek je post yang ini . Pada petang selasa bile ntah . .Cikgu buat pesta buah-buah dan durian dekat sekolah . Sumpah bestt . Pagi tu still belajar macam biasa . Petang tu baru start aktiviti ni . Masa first-first pergi dewan makan , cikgu kata . Ambil la rambutan tu seberapa banyak yang kamu nak . 


#Rambutan yang sangat-sangat banyak . Ramai yang simpan dalam beg and buat jamuan dalam kelass . 

Masuk je dalam DEWAN MAKAN , pulut durian disediakan . Tersangat lah best sebab dapat lepak sambil makan durian . Kalau dekat rumah tak pulak makan .

#Kaum adam batch U.N.I.C makan tak ingat dunia . 

#Kaum Hawa batch U.N.I.C . Semangat je masing-masing makan . HAHA

Dekat depan dewan makan  , boleh ambil berapa banyak biji durian yang ditambun .

#Senior form 3 dan form 4 . HAHA . 

#Siap ada juruBUKAK lagi . thanks pak Harun .

#Bukti bawak naik ke kelas . Punyalah banyak sumbat dalam beg .


#And the last picture . 3 orang kaum hawa dari U.N.IC yang macam tak pernah jumpa buah RAMBUTAN