Saturday, 24 November 2012

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 . HIHI

ASSALAMUALAIKUM . hari ini pihak editor ingin . ingin . ingin mengePOST cerita-cerita yang lama pada tahun 2010. HAHA . Disebabkan kemalasan yang melanda . Blog ini telah berhabuk dan sarang lebah telah muncul . Sorry blog . Aku faham perasaan engkau bila mendapat EDITOR yang pemalas macam aku .

Pada 30 August iaitu hari Khamis , Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit telah menyambut Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah untuk tahun 2012. Mungkin tahun ini  agak membosankan dari tahun lepas . Tahun ini kami diPAKSA berkumpul di Dataran Ilmu tepat jam 7 pagi . Selepas mendengar beberapan ucapan dan teguran . Kami dikehendaki BEREHAT di dalam kelas . Lepas tu , 8:30 pagi ada sesi penyembelihan LEMBU . 



#Bermula dari kiri . Irfan , Haqiis , Hasbullah dan Raziq . Semangat dapat keluar sekolah untuk melihat lembu disembelih . 


#Ustaz Abdulrahman siap sedia untuk sembelih lembu . :P

#Cikgu Zamri dan pak cik menolong ustaz . Pegang lembu betul-betul ! Nati terlepas pulak . 

#Cikgu lelaki memotong daging . Mereka bersemangat sebab dapat BERGOSIP sambil memotong daging . 

#Cikgu Alias dengan MATA dan GIGI lembu .

#Sementara cikgu lelaki sibuk dengan lembu-lembu mereka . Cikgu perempuan sibuk dengan barang-barang masakan di DAPUR DEWAN MAKAN . *CIKGU RAMLAH . we will miss you .

#Cikgu sibuk dengan memotong daging . Pelajar kaum HAWA sibuk dengan mengambil gambar dengan bonda pengetua . 
     
          Selepas je siap penyembelihan tu , kami semua kena naik ke kelas dan menunggu sehingga detik 12:30 petang untuk ke dewan makan . Agak membosankan , tapi masa itulah kami menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk mengambil gambar . HUHU .

#Mereka semua puteri-puteri 2 Ibnu Qayyim . With Sir Naiman . 


#Mereka pula guys 2 Ibnu Qayyim . Dengan Sir Naiman juga . The last MEMORY .  :'))

Gambar kelas 2 Ibnu Kathir dan 2 Ibnu Taimiyah tiada . Di manakah kamu sorokkan gambar tersebut . ? 

Tunggu punya tunggu detik 12:30 petang . Sampai ada yang tidur dekat kelas . Ada yang buat game sendiri . Ada yang lepak dekat PSS . Ada yang tidur dekat surau . Macam-macam aktivi kami buat .

#Bonda TERSAYANG menunggu kami di hadapan DEWAN MAKAN . 

#Kami yang tersangat boring bila dapat tahu , pukul 1 petang baru boleh masuk dewan makan . 
|KAMI SAYANG SATU SAMA LAIN , BERGADUH . BIASA LA TU|

#Puteri-puteri yang menjadi waiteress . Diaorang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 . 

#Guru-guru tak sabar nak makan . Masa ni sangat-sangat jeles tengok makanan guru .


Gambar dalam dewan makan tak jumpa . :P . Pada malam tersebut , SAMBUTAN AMBANG MERDEKA telah diadakan di dewan AL-FALAH . Tapi , gambar tak jumpa jugak . Setakat ini sahaja dari meja EDITOR . :D

No comments:

Post a Comment